Tuesday 11 December 2012

Assalamualaikum , Hebahan Kuliah Ustaz Azhar Idrus dan Ceramah Bob Lokman


Assalamualaikum , Hebahan Kuliah Ustaz Azhar Idrus dan Ceramah Bob Lokman

Kuliah Ustaz Azhar Idrus hari ini di Surau Ar-Rayyan, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
12.12.12 bersamaan 28 Muharram 1434 Hijrah
Rabu/8.00 Malam

Ceramah Bob Lokman di Surau At Taqwa, Sembilang Pantai, (Berhampiran Tesco Extra Seberang Jaya)
12.12.12 bersamaan 28 Muharram 1434 HijrahRabu/8.00 Malam
Rabu/Selepas Solat Maghrib

;kredit kepada Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Perkongsian Kuliah Ustaz Nazmi Karim


Assalamualaikum w.b.t.
Rakaman Mp3 kuliah Oleh Ust Nazmi Karim pada 9 Dec 2012 di Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam
Tajuk : Pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq
Ust Nazmi Karim - Surau At-Taqwa - 9 Dec 2012 (Pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq)

;kredit kepada Koleksi Mp3 Kuliah

Perkongsian Kuliah Ustaz Fadzil Ismail



Assalamualaikum, Perkongsian Kuliah Ustaz Fadzil Ismail 
Rakaman Mp3 kuliah Oleh Ust Fadzil Ismail pada 7 Dec 2012 di Surau Arrahmah Seskyen 8 Shah Alam
Tajuk : Tafsir Surah Al-A'laa:87 Ayat 16-19

Ust Fadzil Ismail-07.12.12 

Rakaman Mp3 kuliah Oleh Ust Fadzil Ismail pada 9 Dec 2012 di Surau At-Taqwa Seskyen 7 Shah Alam
Tajuk : Kitab Minhajul Abidin

Ust Fadzil Ismail-09.12.12 


;kredit kepada Koleksi Mp3 Kuliah

Monday 10 December 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Stadium Malawati


Assalamualaikum, Perkongsian kuliah Ustaz Azhar Idrus
15.12.2012 bersamaan 01 Safar 1434H
Sabtu/8.00 Malam
Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Tolong pakat2 Share. Sekurang-kurangnnya anda share kuliah ini, anda dapat pahala promo kuliah ini, kalau ada yang hadir kerana promo anda ini, anda tetap mendapat pahala.

;kredit kepada Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

Live Streaming Kuliah Ustaz Azhar Idrus



Assalamualaikum ,  hebahan kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang , Kuala Terengganu , selepas Maghrib, hari ini , ada Live Streaming di Ustream Ustaz Azhar Idrus

;kredit kepada Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Kuliah Dhuha Ustaz Don




Kuliah Dhuha bersama Ustaz Don Daniyal di Masjid Al-Huda Sungai Ara Pada 23.12.12(Ahad) jam 9pg..Sebarkan.

;kredit kepada Taman-Taman Syurga (PENANG)

Jadual Kapsul Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus



Berita baik untuk peminat UAI. Walaupun cuma Kapsul 3 minit untuk sesi soal jawab. tapi bersyukur lah kita semua ya.

*Jangan tanya kenapa 3 minit je. Walaupun iklan TV biasanya lebih lama dari 3 minit, bersyukurlah dari tiada :)

10 Dec 6:27 am Astro OASIS Episod 10

Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

10 Dec 1:27 pm Astro OASIS Episod 10
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

10 Dec 4:52 pm Astro OASIS Episod 10
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

10 Dec 7:27 pm Astro OASIS Episod 10
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

10 Dec 8:57 pm Astro OASIS Episod 10
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

10 Dec 11:00 pm Astro OASIS Episod 10
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 6:27 am Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 1:27 pm Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 4:52 pm Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 7:27 pm Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 8:57 pm Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

11 Dec 11:00 pm Astro OASIS Episod 11
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 6:27 am Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 1:27 pm Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 4:52 pm Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 7:27 pm Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 8:57 pm Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

12 Dec 11:00 pm Astro OASIS Episod 12
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 6:27 am Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 1:27 pm Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 4:52 pm Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 7:27 pm Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 8:57 pm Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

13 Dec 11:00 pm Astro OASIS Episod 13
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 6:27 am Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 1:27 pm Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 4:52 pm Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 7:27 pm Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 8:57 pm Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

14 Dec 11:00 pm Astro OASIS Episod 14
Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus.

kredit : Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Sunday 9 December 2012

Kuliah Ustaz Fawwaz Mat Jan


Assalamualaikum, perkongsian kuliah Ustaz Fawwaz Mat Jan.

Ramalan Puak Mayan (Kiamat 2012) [161112] - Ust Fawwaz

;credit kepada Komuniti Suara Kehidupan KOSUKE

Assalammualaikum , Perkongsian kuliah Ustaz Nik Zawawi Salleh


Assalammualaikum , Perkongsian kuliah Ustaz Nik Zawawi Salleh 

Kuliah Fiqh Manhaji jilid 1 Ustaz Nik Zawawi Salleh (Bab : Istinja')
Tarikh : Ahad, 9hb Disember 2012
Masa : Selepas Solat maghrib
Tempat : Masjid Al-Ubudiah, Ampang Hilir

 Ust Nik Mohd Zawawi Salleh - Masjid Al-Ubudiah 

 Kuliah Kitab Ringkasan Tazkirah Al-Qurtubi
Bab : 1) Sebaiknya Mayat Dikuburkan Bersama Orang2 Soleh; 2) Penjelasan Mengenai Kubur, Setelah Seorang Hamba Diletakkan di dlmnya
Tarikh : Ahad, 9hb Disember 2012
Masa : 6.30 pagi
Tempat : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor

Ust Nik Mohd Zawawi Salleh - Surau Annur 091212 

;kredit kepada Koleksi MP3 Kuliah

Kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid



Assalammualaikum , perkongsian kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Ust Don Daniyal - Masjid Al-Hasanah - 8 Dec 2012

;credit kepada Koleksi MP3 Kuliah

Friday 7 December 2012

Thursday 6 December 2012

Wednesday 5 December 2012

Kuliah Ustaz Nazmi Karim


Assalamualaikum , ada sedikit perkongsian kuliah Ustaz Nazmi Karim

Tafsir Surah Al-A'raf - Ayat 182 hingga 190
Sirah Nabi Muhammad SAW - Perancangan Hijrah
Kisah Bal'am bin Ba'ura - Ulama' Yang Mati Kufur

;credit kepada zoohirabdullah

Wallahua'alam

Cara Pakai Serban dan Potong Kuku

Assalamualaikum , hari ini ada perkongsian tata cara memakai serban dan potong kuku :)
Jom Amalkan Sunnah

Kuliah Pilihan Bulan Disember 2012 Surau Al Kautsar


Kuliah Pilihan Bulan Disember 2012 Surau Al Kautsar


Khamis 06hb (Maghrib) Ustaz Dr. Badrul Amin
Sabtu 08hb (Maghrib) Ustaz Datuk Tuan Ibrahim
Selasa 11hb (Subuh) Ustaz Yusri Karim
Isnin 17hb (Maghrib) Ustaz Wan Ji Wan Hussin
Sabtu 22hb (Maghrib) Ustaz Abd Rahim Nasir
Ahad 23hb (Subuh) Ustaz Prof Dr. Yaacob
Ahad 23hb (Maghrib) Ustaz Azman Sapawi
Selasa 25hb (Subuh) Ustaz Halim Din
Ahad 20hb (Subuh) Ustaz Shahril Long

Kuliah Masjid Al-Ubudiyah



Assalamualaikum , sedikit perkongsian kuliah di Masjid Al-Ubudiyah , Seksyen 19, Shah Alam , Selangor bagi bulan Disember 2012

; gambaq credit kepada affandi majid

kuliah maghrib di sekitar KL & Selangor


Assalamualaikum ada sedikit perkongsian kuliah maghrib di sekitar KL & Selangor 
Kuliah Maghrib 6 Dec 2012

______________________________________
Selangor

Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam
Ust Sihabuddim Muhaemin
Insan Bertaqwa

Surau Al-Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam
Ust Harryanto Rizal
Ciri2 Unggul Masyarakat Islam

Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 9 Shah Alam
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Masjid Riadhussolihin Seksyen 17 Shah Alam
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19 Shah Alam
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Surau Nurul Islah Putra Height
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Surau Al-Ukhwah Subang Bestari Seksyen U5
Ust Kamal Nazmi
Fekah

Masjid Taman Subang Perdana
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan PJ
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Masjid Asy-Syarif Meru Klang
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Surau An-Nur Bandar Baru Bangi
Tuan Guru Ust Dato Dr Haron Din

Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
Gaza Menangis Lagi

Masjid Al Faalah Usj 9
-Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat-

Masjid Kota Damansara
Ust Yusaini Ahmad
Nasihat Agama

________________________________________

Kuala Lumpur

Madrasah Al-Ikhwan, Desa Bakti Selayang, Kuala Lumpur
Ust Muhamad Lukman Ibrahim

Wallahua'alam

;credit kepada JOM KITE KE KULIAH

Rahsia Duduk Iftirash


Assalamualaikum ada sedikit perkongsian RAHSIA DUDUK IFTIRASH

HADITH


Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki 


kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)



Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.



KETERANGAN TENTANG CARA DUDUK IFTIRASH

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology, bila dalam keadaan duduk iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki manakala kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.

Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…

Selamat beramal dan menyampaikannya.


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://thebest4u.wordpress.com/2009/09/15/rahsia-duduk-iftirash/

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam





;credit kepada tuan punya gambar dan artikel dicopy dari facebook 

Tuesday 4 December 2012

Promo Kembara Tabung Haji Travel Bersama Ustaz Don



assalamualaikum , try dengar lagu Promo Kembara Tabung Haji Travel Bersama Ustaz Don ,
try dengaq , disini saya sertakan download linknya :)

Cinta Kasih - Kembara Tabung Haji.mp3  

Saturday 1 December 2012

Kuliah Maghrib ; Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru Dr Harun Din



Assalamualaikum , hebahan kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Huda, Sungai Ara dan kuliah Maghrib Tuan Guru Dr Harun Din di Masjid Hashim Yahaya.

Wallahua'alam

;credit empunya gambar.

Ceramah Penghayatan Hijrah ; Ustaz Muhd Zainul Asri


Assalamualaikum , hebahan ceramah penghayatan hijrah oleh Ustaz Muhd Zainul Asri Hj. Ramli di Masjid Bandar Baru Ayer Itam , Pulau Pinang.
Mohon umat Islam hadir mengimarahkan masjid.
Tolong sebarkan !!

;credit kepada empunya gambar.

Kuliah Maghrib di KL & Selangor

Kuliah Maghrib 2 Dec 2012

______________________________________
Selangor

Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam
Ust Amran Yusof

Surau Al-Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam
Ust Miftahuddin Kamil
Kisah 60 Para Sahabat

Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam
Ust Azhar Mohamad Ali
Erti Sebuah Jihad

Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam
Ust Shamsudin Sidek
Tasawuf

Surau Al-Ukhwah Subang Bestari Seksyen U5
Ust Husni Zaim
Tasawur Islam

Masjid Taman Subang Perdana
Ust Halim Din
Hadith 40

Masjid Asy-Syarif Meru Klang
Ust Saifudin Jumri
Peringatan Bagi Org Yg Lalai

Surau An-Nur Bandar Baru Bangi
Ust Wan Muhd Mizan

Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
Ust Syarhan Humaizi
Maza Ya’ni

Masjid Kota Damansara
Ust Shamsul Zaman (Ust Budak)

________________________________________________

Kuala Lumpur

Madrasah Al-Ikhwan, Desa Bakti Selayang, Kuala Lumpur
Ust Mohd Anas Ibrahim





Assalamualaikum , hebahan kuliah Maghrib di KL & Selangor
Mohon Semua hadirkan diri, semoga kita mendapat redha Ilahi , amin YA RABB


Tolong Sebarkan !!

Wallahua'alam

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum , hebahan kuliah Ustaz Azhar Idrus
Mohon Semua hadirkan diri, semoga kita mendapat redha Ilahi , amin YA RABB

Wallahua'alam

;credit empunya gambar

hebahan kuliah di Madrasah Al-Ikhwan , KL



Assalamualaikum , hebahan kuliah di Madrasah Al-Ikhwan , Desa Bakti Selayang, Kuala Lumpur.
Mohon Semua hadirkan diri, semoga kita mendapat redha Ilahi , amin YA RABB

Wallahua'alam

;credit empunya gambar

Tuesday 27 November 2012

Kuliah UAI


Assalamualaikum ,
sedikit perkongsian kuliah UAI oleh admin Koleksi Short Note Kuliah (Ustaz Azhar Idrus)


* Tujuannya ucapan tersebut ( takziah ) adalah untuk bersabar bagi keluarga yang ditimpa ujian..Sebab tu jangan pakai hukum akal .. Mung duk tengok dalam surat khabor je .. Hukum ucap takziah ni adalah sunat..Ucapan takziah ni adalah untuk ujian yang besar dan lama mana ucapan ni boleh diucap iaitu selama 3 hari..

Ni lah sunnah yg dilupakan orang iaitu ucapan takziah .. Yang banyak adalah tanya kenapa, bagaimana, sebab apa .. Dah mana nya ucapan takziah nya?

*Senang jep nak ucap takziah.." Semoga Allah kekalkan kesabaran pada kamu " bukan payah pun nak sebut..

Anak kita, mak ayah kita adalah harta Allah .. Ikut pandai dialah nak ambil sesiapa pun..Allah ambik ayah kita tapu Allah akan ganti dengan yang lebih baik serta ganjaran pahala yang banyak.. Yakinlah..

*Hukum menangis pada mayat adalah harus .. Yang haram menangis ni jika mung pi angkat suara, terpekik terlolong, tarik rambut, menyebut2 perkara yg tak patut .. Jangan buat gitu ... Berdosa besar..Mayat bila ada ahli keluarga meratap, menangis tidak kena apa2.. Yangg berdosa adalah si penangis tu..

*Kenapa ambik anak aku ! kenapa ambik anak aku ! Dah tu soalan tu mung tuju ke siapa .. Mesti ke Allah kan .. Kan Allah bagi pinjam je sekejap anak tu ke mung.. Bersabarlah

Kalau ada yang menangis mengangkat suara , mung suruh dia diam.. Kalau dia tak nak jugak, angkat keluar dari rumah tersebut

*Kalau mayat pesan semasa hidupnya " kalau ayah mati nanti menangis terlolong belaka deh "
Mayat tersebut akan di azab nanti atas sebab suruhan tersebut..

*Sesiapa yang menunjuk, mengajak benda yang baik walaupun dia tak buat, tetap sama dapat pahala..Begitu jugak mengajak, menunjuk pada kejahatan walaupun pada malam tersebut mung gi surau, tetap dapat dosa atas apa yang mung tunjuk tadi

*Sunat bagi lelaki ziarah kubur, antara kelebihannya Rasullulah kata adalah mengingatkan akan kematian..Perempuan adalah harus ziarah kubur dan ada syarat - syaratnya..antaranya menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengangkat suara

*Ziarah kubur didefinasikan sebagai dekat dengan kubur.. Duk luar pagar perkuburan belum lagi dikira ziarah kubur..

*Mung menteri ke, pangkat besar mana sekali pun , miskin mana sekali pun masing2 akan dapat tanah 6 kaki, 2 batang batu nesan .. Tu sahaja..Jangan kerana sebab pangkat, kaya duit terus jadi sombong dengan manusia lain..

*Mung buat rombongan sekali kat kubur mana2, ada dop org yang ziarah ? Manusia akhir zaman tak dop mengingatkan akan kematian..Bila sampai jep dekat kawasan perkuburan, bagi lah salam, bila sampai pulak kat kubur mak kita bagi pulak salam sekali lagi pada mak kita .. Jadi 2 kali lah

*Bila kita ziarah kubur adalah jugak tanda kita tidak lupa pada mereka yang telah meninggal dunia.. "Salam sejahtera atas kamu atas negeri org yg beriman" adalah ucapan salam di tanah perkuburan..Nak bagi salam pada orang hidup adalah dengan beradap muka .. Pada mayat di dalam kubur, duduk atau berdiri dekat kepala nya yg mengadap kiblat untuk bagi salam..

*Mayat2 lebih mendengar dari kita yang hidup ni .. Bila Nabi suruh kita bagi salam pada mayat buat jelah .. Jangan nak lawan.. Ke mung hebat lagi dari Nabi ?? Kalau Allah izin mayat tersebut akan dengar dan jawap salam mung dan kalau Allah buka hijab, mung akan dengar jugak mayat menjawap salam mung tue..

*Pertembungan di antara air masin dan air tawar, ditengah2 nya disebut barzakh

*Apa sahaja yang kita rasa nak baca kat kubur bacalah, moga2 keberkatan dari bacaan tersebut turun pada mayat..Setiap tumbuhan yang hidup atas kubur akan bertasbih pada Allah bukan pada mayat .. Dan dimana adanya tempat yang selalu bertasbih pada Allah akan turun rahmat .. Moga2 rahmat tersebut akan sampai pada mayat tersebut

*Patut dop cari calon suami suka mencarut ?? Kalau mung suka macam tu (suami yg suka mencarut ) patutlah cari, kalau dop suke cari lah orang lain .. Ramai lagi kang..

*Bila baby menangis sangat, ada dua sebab iaitu sakit pada fizikal nya atau ada gangguan2 dari iblis..Iblis hok suke kacau baby namanya ummu sibyan..

*Masalah kita sekarang di media massa adalah mereka mengatakan pejuang2 islam adalah pemberontak .. Ni kerana tidak ada roh islam dalam diri .. Berat nanang laa kalu gitu.. Balik awal

*Kiamat besar yang pecah langit, hancur bukit bukau hanya dirasai oleh orang kafir sahaja .. Orang yang beriman dimatikan sebelum kejadian tersebut..

*Bila bertunang harus saja ikut adat setempat .. Ning orang melayu siap sanding lagi, sewa pelamin mahal2, buat album2 pertunangan mahal2, hok giler agi siap dengan persalinan pakaian untuk majlis amik gambor .. Ni idea mak lah .. Ayah dop amik port pun hal2 begini .. Semuanya mak..

Start dari A sampai Z semua mak yang uruskan dengan semangatnya .. Kalau boleh jadi wali tu pong mak mung .. Aduhhhhaiiiii .. Ayah pulak macam tunggul mak buat bila bab2 pertunangan atau perkahwinan ni ..

*Bila kita pergi umah orang mati bila tuan umah angkat air boleh kita minum kecuali kita yang suruh tuan umah buat air tersebut,harammmm !!

*Jika ikan yang kecil tak dibuang isi perut tersebut, dimaafkan syarak untuk makan kecuali ikan yang besar .. Najis..

*Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah hukum syarak..

Kena asinglah di antara lelaki dan pompuan bila mung nak buat kenduri kahwin .. Pada malam bila tiada orang lain atau org luar dari keluarga tersebut bersanding lah sampai subuh pun .. Tak dop masalah

*Makhruh amik wuduk kat tempat kita kencing .. Kalau tandas yang sama tapi tempat lain2 tiada masalah..

Masuk tandas sunat kaki kiri dulu .. Bila harus masuk kaki kanan iaitu dia ada satu kaki jep .. Makhruh hukum nya masuk kaki kanan dulu dalam tandas..


Wallahua'alam ,

;credit kepada empunya gambar dan kuliah , jazakallah

Thursday 22 November 2012

Ustaz Shahul Hamid : Pengembaraan Jiwa ke Alam Akhirat




Assalamualaikum ,
Program pengembaraan jiwa ke alam akhirat bersama kita merasai detik debarannya selepas solat maghrib 25.11.2012 Masjid Jamek Syeikh Eusoff, Dhoby Ghaut , Pulau Pinang.
Program motivasi dengan pendekatan teknologi multimedia  yang benar benar akan menyentuh emosi anda ! insyallah ; bakal dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid .

Wallahua'alam

Ustaz Azhar Idrus ; Nas dan Hukum Solat Jenazah di Tanah Perkuburan

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..
Wallahua'alam 

Kuliah Ustaz Azhar Idrus


 Assalammualaikum ,

*Hati yang baik ni adalah budak-budak kerana bersih dan tiada dosa..

Baju mahal, rambut lawa tapi hati kotor,Allah dop puji pun .. Manusia pujilah sebab tak nampak seketul daging yang kotor tersebut..

*Dengki kat org lain tu adalah penyakit dalaman yang susah nak ubat melainkan dengan kehendak sungguh2 dari diri sendiri..Bila bertaubat sungguh2 dan Allah ampunkan jadilah kita budak2 semula yg tiada dosa, faham dop?

*Jadikan diri kita bersih dulu baru boleh kita mekap hati kita comel2..Maksud bersihkan diri adalah bertaubat dulu barulah hati boleh dimekap..

*Pakai lipstick comel dah tapi mengumpat kat orang.. Kalau nok mengumpat jangan pakai lipstick tapi mung sapu tahi ayam kat bibir baru lah patut !

*Akidah ni dalam hati bukan di mulut dan bukan juga di tangan..
Budak2 walaupun minum arak 10 botol, tidak ditulis dosanya kerana tak tahu apa2..

*Umur baligh adalah 15 tahun cukup dalam tahun islam walaupun tak keluar mani..Kalau terdulu dengan keluar mani maka dah baligh lah tu walaupun umur 9 tahun

*Wajah kita akan turun pada anak-anak kita tapi aqidah tidak akan turun pada mereka.. Nak benda tu kena asuh betul-betul..

Kalau mayat kanak-kanak jangan baca ayat ampunkan dia kerana budak tu takdop dosa... Ada lagi yang berat, tahlil terus 7 malam..Bakpe yang jadi sampai dop tahu ke benda tue ??

*Nabi-nabi adalah wakil Allah.. Mana besar dengan pakat yang paling tinggi sekali yang disandang oleh manusia?? Mung ingat pangkat yang paling tinggi sekali yang dapat pada manusia adalah Rasulullah

*Siapa dia ajar mung org kafir boleh makan babi, minum arak cuma pemerintah tak boleh halang mereka kalau nak makan?? Betul kan semula..

#Semua manusia Allah dah perintahkan supaya jgn mendekati perkara yg telah diharamkan olehnya .. Jadi bila di akhirat nanti org kafir pun x akan terlepas dari ditanya oleh Allah kenapa mereka duk sedap sangat makan babi, berzina dan sebagainya .. Larangan tersebut bkn untuk org islam sahaja ..

*Tengok orang berbini mung nak jugak, tengok orang berlaki pun mung nak jugak .. Tak tahu apa-apa langsung.. Sampai masa keluar anak pah soram2 nak azan tak boleh ... Gilerr mung !!!!!!

*Makan kedaroh pandai tapi bila mak ayah mati macam bangkai biawak anak - anak tak pandai nak urus.. Salah mak ayah kerana tiada didikan agama dari kecil.. Mak ayah sekarang ni pesan ilmu dunia jep biar dapat yang terbaik .. Ilmu akhirat lain tahunlah.. Bila mung mampus nanti takkan jiran nak pi sedekah fatihah ?? Didiklah anak - anak dengan agama.. Kalau dunia semata,balik awal terus

*Kalau makan kenduri sampai 2 kali muntah nak sampai.. Tapi bila azan berbunyi sebelah umah je, berat untuk bangun... Ni jenis manusia dop reti bahasa dan base dop reti !!!

*Syaitan ni dalam tidur pun dia kacau kita atas rupa mimpi.. Kalau mimpi yg menakutkan, itu adalah dari syaitan untuk menakutkan kita.. Di luar, ada dua jenis syaitan iblis.. Ada yang nampak muka dan ada yg tidak nampak muka .. Yang nampak muka tak berbahaya pada aqidah kita..

*Kalau bernazar untuk sembelih sahaja, kambing kaki tiga ke, tak cukup umur ke pun boleh atas apa yg di niatkan semasa bernazar tapi kalau bernazar untuk aqiqah atau korban mesti tertakluk pada syarat2 sah aqiqah dan korban

*Tidak disyaratkan tali pusat tercabut dulu baru nak buat Aqiqah .. Hari pertama baby dilahirkan boleh dah buat dan hari ke tujuh adalah afdhal

*Sunat sahaja bila nak mandi junub air kena kat kepala dulu .. Faham molep .. Tak dop masalah mung nak kenakan pada kaki atau punggung atau kepala dulu.. Bulih belaka..

*Pompuan yang tak menjaga aurat bila keluar rumah akan banyaklah dosa menimpa dirinya kerana menyusahkan orang ramai atas pandangan mata

*Nafakah bini adalah makan dan minum sebanyak 2 kali sehari .. Mung bagi 1 kali sehari jep berdosa.. Pakaian pula 2 pasang setahun termasuk semua pakaian dalaman

*Walaupun suami gaji 400 dan gaji isteri 45000, suami wajib jugak bagi nafkah .. Kalau rasa berat jangan kawin neh KECUALI isteri tu halal dan redha berkongsi separuh seorang

*Boleh kita doakan orang yang berbuat zalim iaitu doa untuk hidayah pada nya dan doa untuk Allah turunkan bala padanya

*Orang pompuan nak tunjuk lawa sampai abis kain jadi singkat dan baju jadi ketat .. Dop payoh lah mung wat gitu .. Memang Allah jadikan wanita ni cantik.. Pasal mung semua dop percaya akan kejadian Allahlah sebab tu jadi gitu

Wallahua'alam

Tazkirah Maghrib Ma'al Hijrah : Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid



Assalamualaikum semua ,
Tazkirah Maghrib Ma'al Hijrah di Surau Al-Rasyid Permatang Pasir , Bandar Bharu oleh
Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid
dengan tajuk Hijrah : Permulaan Sebuah Kegemilangan
Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Semoga tazkirah ini diberkati Allah SWT

Wallahua'alam
 


Tuesday 20 November 2012

Panggilan Jihad

PANGGILAN JIHAD!

Aman Palestin akan membawa rombongan Misi Kemanusiaan Ke Gaza pada tarikh berikut:

Tarikh: 7 Disember hingga 12 Disember 2012
Kos perbelanjaan: RM7500 (tanggungan sendiri)
Pendaftaran: Cik Anees, 03-89267019 / 017-4500780

AP mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MISI MULIA ini agar segera mendaftarkan diri.

Inilah masanya untuk buktikan semangat JIHAD anda. Inilah masanya anda bertemu HERO-HERO kita di sana.

HAMAS menanti kehadiran anda.
Al-Qassam menadah tangan menerima anda.
Ismail Haniyeh menyeru anda.
Rakyat Gaza sedang melambai gembira menyambut anda.
Mereka semua sudah bersedia menantikan ketibaan anda.

Monday 19 November 2012

Program Mahabbah Rasulullah



PROGRAM MAHABBAH RASULULLAH
Rabu 21 November 2012
Dewan Tunku Syed Putra USM

Mari semarakkan cinta dan kasih kita pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w!

Warna tema: Lelaki- Putih Perempuan - Hijau

PMIUSM | "Towards a Better Ummah"
 
Dijemput semua umat Islam
 
Wallahua'alam


Kuliah Maghrib ; Syeikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki




Syeikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki.
Kuliah Maghrib – Surau Ehsaniah, Kelana Jaya
[16 Nov 2012]

Semakin hari, semakin dekat dengan mati. Semakin hari semakin kurang umur kita. Kita telah mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 1433H. Tak ramai yang ingat apa yang telah kita buat, apa yang kita seb

ut, apa yang kita lakukan sepanjang satu tahun lepas. Kita mungkin tidak boleh ingat apa yang berlaku semalam dan 2-3 hari yang lalu. Tapi semuanya tak pernah luput dari pandangan Allah. Tak pernah luput dari rakaman video Allah dan catitan facebook malaikat. Tak ada sepatah kata pun yang kita sebut, kecuali dicatat oleh malaikat. Kita tak mungkin akan dapat mendustakan ucapan kita, perlakuan kita, perbuatan kita, dari pengetahuan Allah dan malaikat.

Kita ambil kalimat Hijrah itu sendiri. Tahu atau tidak, kena tahu. Kita hidup di hujung detik-detik yang terakhir di akhir zaman, yang makin dekat dengan hari akhirat, yang pasti kita bertemu dengan Allah. Tak ada orang yang terkecuali dari melalui perkara itu, mahu tidak mahu, memang terpaksa lalui. Tetap saja umur kita akan berpindah, tetap saja hidup kita akan berpindah, ke arah alam kekal abadi selamanya.

Kalau tanyakan kepada mereka yang sibuk bekerja, yang sudah pencen, sudah berumur, sudah sampaikah target duniawi yang mereka inginkan? Pasti jawapan mereka, belum. Masih punyai plan panjang lagi. Idamkan rumah banglo, nak simpanan dalam akaun berapa juta, kenderaannya mewah, semuanya masih belum cukup dan belum tercapai. Namun adakah cukup target hidup kita untuk mendapat akhirat yang kekal abadi?

Tiap hari yang berlalu, sebanyak itu juga kita kehilangan peluang. Sampai hari kita akan ditalkinkan, tiada lagi daya kekuatan, tiada daya untuk halang mereka ambil harta kita yang kita susah-susah usahakan. Kesudahan yang abadilah akhirat. Di akhirat nanti barulah sibuk minta ampun pada Allah, ampunkan kami kerana kesibukan kami, dalam kerja, dalam politik, dalam mencari duniawi, sampai lalai terlepas peluang mencari akhirat.

Tidak ada alasan! Sesibuk apa pun. Siapa kita nak kata kita sibuk berbanding Nabi Sulaiman, yang kena jaga jin, jaga semut, jaga haiwan, jaga manusia di bawah kerajaannya yang luas namun sempat juga beribadah? Jangan bagi alasan kemiskinan yang menimpa hidup sebagai penyebab tiada masa nak beribadah. Sahabat-sahabat Nabi, Abu Hurairah, Bilal, ramai lagi yang miskin papa kedana. Jika alasannya kerana miskin dia terjebak dengan perkara terlarang, jika Allah bentangkan kepada mereka orang-orang yang lebih miskin dari mereka, apa lagi alasan mereka?

Oh, aku menteri, aku khalifah, aku sibuk mengurus negara. Tak berpeluang untuk menimba ilmu, untuk beribadah. Jangan dibuat alasan-alasan seperti itu. Khalifah Abu Bakar, Umar semuanya sibuk juga, tapi ada masa beribadah. Kita dapat hidup yang sama, waktu yang sama 24 jam, bumi yang sama, udara yang sama, apa bezanya?

Kereta BMW, mercedes, innova, alza, city, siti sifir, ifrit, macam-macam jenis kereta, tapi tak mahu berjemaah di masjid. Zaman dulu, orang beri alasan pada Nabi tak mahu pergi berjemaah kerana banjir, kerana gelap, kerana ada haiwan berbisa. Tapi tetap Nabi suruh semua berjemaah. Tetap juga sahabat-sahabat hadir. Kita sekarang ada kereta, motor, ada lampu, tiada haiwan buas dan berbisa yang bebas, kenapa tak mahu hadir?

Jadi, berhijrahlah, berpindahlah kepada yang lebih mulia. Kalau tak mahu berhijrah, nanti dengan kita-kita akan dihijrahkan oleh Allah ke alam barzakh, pada ketika itu tiada lagi hijrah yang mampu dilakukan. Pada ketika itulah baru kita tertanya-tanya kenapa aku tak berubah, kenapa aku tak berhijrah jadi baik, kenapa kenapa kenapa.

Kehidupan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengari oleh telinga, yang tidak ada masalah, tiada problem, hidup indah, iaitu syurga. Untuk mendapatkannya, kenalah berhijrah, itulah mencari pedoman dan hidayah Allah. Masjid di seberang jalan rumah, jalan kaki sahaja, tak perlu naik motor pun, tapi kenapa kita rasa berat sangat untuk berjemaah? Apa yang menodai, mengotori akal fikiran kita sampai kita tidak terpanggil untuk melangkah kaki menuju rumah Allah? Tidak ada taufan, tidak ada ribut, tidak ada hujan, masih tak mahu pergi ke masjid.

Kerana tiada hidayah dari Allah. Kitalah kena mencarinya dan berhijrah. Kenapa tak sayang pada diri kita? Kenapa tak sayang nasib kita? Kenapa tak sayang pada kehidupan abadi kita? Kalau kita cinta pada diri kita, cintalah bukan hanya untuk dunia sahaja, tapi untuk kehidupan akhirat yang abadi. Pemimpin, sebelum mengasihani rakyat, kasihani akhlak dan peribadi diri dulu. Jangan jadi seperti lampu (lilin) menerangi orang lain dengan diri sendiri terbakar.

Pohon kepada Allah untuk diri kita sendiri ihdinas sirootolmustaqim, mintak Allah bimbing kita ke jalan yang lurus. Dengan hidayahlah boleh menentukan akhirat kita bagaimana. Tapi dengan berdoa mengharapkan Allah beri hidayah sahaja tanpa melakukan pengorbanan, memang tidak jadi. Harus ada pengorbanan, ada jihad, ada perjuangan. Macam doa kurniakan aku isteri yang solehah. Macam mana nak dapat isteri kalau tak kahwin dulu, tak lamar dulu, tak cari dulu calonnya? Takkan nak harapkan Allah beri kita isteri itu datang sendiri? Itulah ikhtiar. Sama juga dengan hidayah, perlu ikhtiar untuk mencarinya.

Penari-penari yang menari atas pentas, bukan menari dengan spontan begitu sahaja, tapi perlu latihan berminggu-minggu, berbulan-bulan. Itu contoh pengorbanan, tapi pengorbanan duniawi. Pengorbanan kita targetnya untuk mendapat redha Allah. Bangun pagi subuh, terbangun awal, ah, awal lagi, belum masuk waktu subuh, sambung tidur balik. Akhirnya tak bangun langsung, pukul 10 pagi baru bangun.Terlepas subuh. Allah dah benarkan kita bangun awal, Allah bagi peluang pada kita untuk bertahajjud. Kenapa terpengaruh dengan hasutan syaitan supaya sambung tidur?

Berharaplah, dengan usia kita masing-masing, langkah ke depan, betulkan bahtera hidup dengan pengorbanan yang bererti dan mempunyai target, agar selamat akhirat. Jangan buat pengorbanan yang samar-samar targetnya. Berzikir Lailaahaillallah, Lailaahaillallah, Lailaahaillallah, lama kelamaan tak dengar jelas sudah, dengar .....illallah.......illallah....... lah.....lah...... Malaikat pun bingung nak tulis apa ni? Jangan buat pengorbanan yang tak tentu hala tuju. Pelik bin ajaib bin aneh, permainan ini, sebiji bola direbut 22 orang, bila dah dapat, dilepaskan pula. Kalau saya, dapat bola, saya bawa balik rumah.

Untuk mendapatkan hidayah, yang pertama, aminkan doa walau siapa-siapapun imamnya, kerana kita tak pasti siapa doanya yang diterima dan dimakbulkan Allah. Jika kena pada orangnya, mudah-mudahan doa yang kita aminkan itu diterima. Kedua, lakukan pengorbanan dengan waktu untuk mendapat redha Allah, agar tidak sia-sia perbuatan kita tadi, supaya senantiasa dengan petunjuk dan hidayah selalu bersama kita. Dan dapat diakhiri nyawa dengan jihad dan taqwa.

Yang terakhir, dengan takutkan Allah setiap masa. Kalau betul-betul yakin akhirat yang kita tujukan, sebelum Allah hijrahkan kita kepada alam berikutnya, apakata kita hijrahkan diri sendiri.

SOAL JAWAB

1- Dalam rumah, saudara mara kita ada bersama, kita dah pesan mereka supaya solat, tapi mereka tetap tak mahu. Bagaimana?
J- Peristiwa ini banyak berlaku. Dah disuruh, dah diingatkan tapi tak mahu buat. Lebih teruk lagi ada yang kata ini takdir Allah aku tak bersolat. Betulkah takdir? Apabila ditakdirkan terjerumus dalam situasi haram, kenapa tak elak? Kenapa tak ikhtiar? Kalau lapar, kenapa ikhtiar cari makanan? Cari minuman bila dahaga? Kalau ikut takdir sangat, duduk saja makanan datang sendiri, begitu? Nabi kata, perintahlah putera puterimu solat sejak mereka umur 7 tahun, pukul jika mereka tak mahu bersolat pada umur mereka 10 tahun. Namun bila dah dididik sejak kecil, sudah besar dia pula tak nak solat juga, tanggungjawab ibu bapa sudah terlepas. Namun, usaha kena berterusan dalam menasihati keluarga. Biar bergaduh seketika di dunia, jangan bermusuh di akhirat nanti. Agak-agak kalau anak kita sakit teruk, kita hantar berubat kampung di banyak tempat, tapi anak tetap tak sihat juga, adakah kita akan putus asa? Ah, biarlah dia mati, dah takdir dia. Taaakk.. Pasti kita akan teruskan usaha mengubatinya ke sana ke mari bukan? Begitu juga dalam kes tidak solat, teruskan usaha didik dan suruh mereka solat.

2- Boleh ke solat sunat selepas subuh dan asar
J- Nabi kata, jangan solat pada 5 waktu, selepas subuh, selepas asar, ketika matahari tegak, matahari gelincir, ketika matahari mahu terbenam. Larangan-larangan ini hanya kepada solat selain solat sunat yang bersebab atau solat qadha. Contoh solat bersebab ialah solat tahiyyatul masjid, solat sunat wuduk.

3- Solat fardhu yang dah lama ditinggalkan, banyak sangat, rasa tak mampu nak qadha, adakah wajib qadha?
J- Kalau wahabbi dan salafi jawab, tak payah qadha, cukup dengan taubat dan istighfar. Ini salah. Macam kita pinjam duit orang, terlalu banyak, adakah dengan taubat nasuha kepada Allah telah menghalalkan hutang itu tadi? Maka, belum cukup dengan taubat. Taubat hanya memohon ampun atas dosa kita masa lalai tak solat, akibat tengok bola, tengok TV, sibuk bekerja dan sebagainya. Namun, hutang wajib dibayar. 100 waktu zohor ditinggalkan, 100 waktu juga kena qadha, tak boleh digabungkan dalam 4 rakaat sahaja.

4- Apa pendapat sifat 20 adalah rekaan dan bidaah?
J- Satu persatu sifat Allah, ada dalam Al-Quran dan Hadis. Memang Nabi tak kata tentang sifat 20 itu secara tersendiri. Tapi ulama kumpulkan sifat-sifat Allah. Macam rukun Islam, rukun solat ada 13 semuanya, dan perkara-perkara lain, Nabi tak pernah kata tentangnya secara jelas bahawa rukun solat ada 13, contohnya. Ulama yang kumpul dan susun, supaya untuk menyenangkan umat-umat Islam yang terkemudian macam kita. Macam itu sifat 20, dari bahan mentah, Al-Quran dan Hadis, dibentuk jadi satu susunan oleh ulama. Ni ada pula yang kata bidaah, rekaan, macam dia pula lebih hebat dari ulama yang menyusun sifat 20 ini.

5- Apakah amalan terbaik bagi seorang anak kepada ibu bapa yang sudah tiada, sebab sesiapa yang mati, amalannya terputus kecuali beberapa, salah satunya ialah doa anak soleh. Bagaimana cara doanya dan amalan yang sepatutnya?
J- Pada saat anak kenal Allah, sudah jadi soleh, dengan anak jadi soleh itu sahaja, tanpa doa atau apa-apa hadiah/sedekah pahala kepada ibu bapa, dengan kesolehan anak itu sahaja dah menjadi saham pahala kepada ibu bapa yang sudah mati. Ulama berpendapat, walau anak tak doa secara khusus pun, ibu bapa dah bahagia dalam kubur. Tapi ada golongan wahabbi kata baca Al-Fatihah tak sampai pada si mati. Itu pemikiran logik akal semata-mata. Orang-orang yang tak percaya ia sampai, mati awallah lagi baik. Masalah Nabi tidak buat, tidak semua yang Nabi tak buat itu adalah haram. Nabi buka ruang kepada kita, selagi tidak melanggar larangan syarak, maka ia tidak haram.

6- Pendapat syeikh tentang tauhid yang 3 (uluhiyyah, rububiyyah asma’ wal sifat) pada pandangan ahlul sunnah wal jamaah, boleh terima atau tidak?
J- Tauhid 3 itu wujud pada zaman Ibnu Taimiyyah, dari dalil-dalil yang tersangat kuat, tiada Allah asingkan Uluhiyyah dan Rububiyyah. ASWJ tidak menolak tauhid 3 ini, namun cuma menyatakan ia lambat berbanding pendapat ulama tabi’in berkaitan ilmu tauhid.

7- Doa akhir dan awal tahun, ada orang kata bidaah.
J- Kalau tiap-tiap hari kita berdoa, bidaah tak? Jadi kalau berdoa tiap-tiap tahun, bidaah juga? Kalau ilmunya ulama tapi buat orang kebingungan, baik tidak payah jadi guru! Detik-detik mana pun, doa kita didengari. Yang kata doa ni salah tu, dialah yang salah sebenarnya. Yang kata doa ni bidaah, sesat, dialah yang sesat sebenarnya. (Faham-faham sendiri Syeikh tuju pada siapa)

Sunday 18 November 2012

Cinta Ilmu bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki


Cinta Ilmu Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki di TV Al Hijrah setiap Khamis dan Jumaat 6:15pm , jangan lupa tauuu .


Wallahua'lam

Qunut Nazilah


 
Qunut Nazilah untuk Mujahiddin di Palestin 

Kuliah UAI


Assalamualaikum , hari ini kuliah UAI di Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu (berhampiran dengan Pulau Duyong) , jemput datang :) semoga diberkati ALLAH SWT
Wallahua'lam

Aqsa Syarif

Admin, saya sedih tengok kanak2 gaza menjadi mangsa kezaliman rejim israel. Saya nak pergi berjihad...

Jawapan : Admin tidak tahu cara untuk bawa anda ke palestine supaya anda boleh berjihad tetapi ada satu cara yang admin percaya kita semua boleh buat..

Apa yang kita boleh? Doa? Doa je ke kemampuan kita? Boikot mekdi? Itu je ke kemampuan kita? Habis tue apa? Kita boleh pergi jauh dari itu. Kita boleh jadi ubat kepada rakyat palestine ketika mereka sakit. Kita boleh makanan kepada rakyat palestine ketika mereka lapar. Kita boleh membalut rakyat palestine ketika mereka sejuk. Kita boleh jadi ilmu rakyat palestine ketika mereka belajar. Bagaimana?

Sumbangkan dana kepada palestine.

Aku ada rm5 jek admin. Takpe. RM5 ke rm10 ke apa ke.. derma jek. Aku ada rm1,000 admin. Takpe ko memang kaya, derma jek der. Tak kira ada berapa derma berapa. Rakyat palestine perlukan kita dalam bentuk ubat, dalam bentuk makanan, dalam bentuk baju serta perlindungan.

Kita akan terbang ke palestine dalam seme bentuk itu. So hari neh atau esok mari kita semua rakyat malaysia pergi masukkan duit masing2 ke tabung derma kat akhir artikel ini. Selepas tue jangan lupa like posting neh. Wajib like oke. Bila korang like ia akan muncul kat wall fb korang. So kawan2 ko akan nampak dan dia maybe akan baca. So kita dah buka satu lagi pintu derma dan begitulah seterusnya.

Siapa ada blog maka sebarkan dalam blog masing2. Nak copy paste ke apa ke lantak lue la der. Janji kita gerakkan kempen mohon derma besar - besaran untuk palestine. Ayuh.. ramai2.

Tabung derma ada banyak. Yang aku stated kat sini 2 jek oke. Nanti kalau ada keperluan dan permintaan dari rakan2 lain aku akan masukkan lain2 tabung derma untuk gaza disini.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my

♥ Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

- Aman Palestin -



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/kepada-semua-rakyat-malaysia-kalau.html#ixzz2Cclnqwdy

MOHON SEBARKAN POSTING INI. SETIAP SUMBANGAN ANDA KEPADA PALESTINE, ADMIN DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Palestina Berdarah




Assalammualaikum ,
renung - renungkan dan selamat beramal.

Wallahua'lam

Doa buat Mujahidin Palestin



 Assalamualaikum ,
Jom semua doakan mujahiddin di Palestin :)
Semoga DOA kita diterima ALLAH SWT


Allahummaghfir muslimina wal muslimat..
Walmukmina wal mukminat..

Al ahyaai minhum wal amwaat..
Innaka sami'ul qoribu dakwati yaa qodiyal hajat..

Allahummaghfir muslimina wal muslimat..
Walmukmina wal mukminat..
Al ahyaai minhum wal amwaat..
Fii kulli makan wa fii kulli zaman..

Allahumansur mujahidin fii Palestine..
Allahumansur mujahidin fii Iraq..
Allahumansur mujahidin fii Afghanistan..
Allahumansur mujahidin fii Lebanon..
Allahumansur mujahidin fii Checnya..
Allahumansur mujahidin fii Guantanamo..
Allahumansur mujahidin fii Moro..
Allahumansur mujahidin fii Indonesia..
Allahumansur mujahidin fii hadzal dunyaa amiin Yaa Allah ya rabbal alamin..

Untukmu jiwa-jiwa kami.Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami.Wahai Al-Aqsha tercinta

Kami akan berjuang.Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban.Demi Islam yang Mulia

Untukmu Palestina tercinta.Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-Aqsha yang mulia Kami kan terus bersamamu

Ya Rabbi izinkanlah kami.Berjihad di Palestina-Mu
Ya Allah masukkanlah kami.Tercatat sebagai syuhada-Mu

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa,Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya.Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami,kesenangan dan kesusahan hayat kami.Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya,yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu,Muhammad Rasulullah SAW,seluruh ahli keluarganya,para sahabatnya,serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Ya RABB,Ya JABBAR,Ya QAHHAR,Ya ‘AZIZ,KAU mendengar segala bicara kami,KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami,KAU mengetahui segala-galanya,lebih dari apa yang kami ketahui.Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri,hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri,hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta,hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.

Maka bantulah kami,maka bantulah kami,maka bantulah kami.

Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH,

Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu.Saudara-sau
dara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH,lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya.Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH,tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka.Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.

Ya ALLAH,KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin.Ya ALLAH,KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin.Ya ALLAH,KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.

Ya ALLAH,KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa,KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas,KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin.Maka dengan penuh hina,kami HAMBA,memohon kepada KAU,TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH,bantulah mereka,bantulah mereka.

Ya ALLAH,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin.Kuatkanlah kaki-kaki mereka.Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu,hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH,sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah.Pertahankanlah mereka ya ALLAH,sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH,

Tangan kami pendek tak tercapai ke sana,tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH.Bantulah mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH,

Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya,dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya,telah melampau-lampau.Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu,mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu.Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu.Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka,tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH,mereka telah menyakiti saudara-saudara kami,mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH....

Sesungguhnya Ya ALLAH,KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka,KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka.Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.

Kami memohon kepadaMu ya ALLAH,agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu,tariklah segala keberanian mereka,dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu,tariklah segala kekuatan mereka,dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.

Ya ALLAH,KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan,KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan.Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya.Lemahkanlah segala kekuatan mereka.Hancurkanlah segala keperkasaan mereka.Hinakanlah segala kemuliaan mereka.

Ya ALLAH,hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu.Ya ALLAH,hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad,hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud,hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh,tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman.Ya ALLAH,gegarkanlah bumi mereka,bunuhlah semua tentara mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.

ALLAH..ALLAH..ALLAH..

Kami ini lemah,mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa.Maka kami sujud menghina diri,kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI,agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami.Ya ALLAH...KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami.Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji.YA ALLAH...

Ya ALLAH,KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu.Kami memohon kepadaMu ya ALLAH,sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin.Ya ALLAH...kasihanilah mereka.Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami,maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana.YA ALLAH.. kasihanilah mereka.Ya ALLAH,kasihanilah mereka.

Ya ALLAH,bantulah mereka dan bantulah kami.Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami.YA ALLAH musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami.YA ALLAH,bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.

YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa,ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami,ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,

“Berdoalah kepadaKu,niscaya akan AKU perkenankan”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,

“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU,sesungguhnya AKU amat dekat...”

Maka kami menuntut janji-janji itu.Perkenankanlah doa-doa kami.Bantulah kami.Bantulah saudara-saudara kami.Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.

Ya RABB...YA RABB...YA RABB..

KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami

KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh,KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja.KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH...Ya ALLAH...Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap,kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.

Tinggikanlah ISLAM,tinggikanlah ISLAM,tinggikanlah ISLAM.

Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar,Yang Paling Kuat,Yang Paling Perkasa,Yang Paling Agung.Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW,seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Amiiin...

Rabbana atiina fii dunyaa khasanah..
Wafil akhirati khasanah..
Waqina adzabannar..

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Wallahua'lam

Kuliah Ustaz Azhar Idrus ; Surau Al Iman Losong

 Kuliah Ustaz Azhar Idrus
 Surau Al Iman Losong
* kita hendaklah sempurna disisi Allah,bkn disisi manusia,kalau disisi manusia keluar universiti pun dipandang mulia biarlah dalam poket ade nombor ekor pun,xnak mcm tu..yg kita nak ialah berubah dari buruk kpd baik.Alhamdulillah

*hijrahlah kita daripada buruk kpd baik,dulu tak tutup aurat,skrg tutup aurat lah,dulu tak sembahyang skrg smbahyang dah,inilah orang yang disayangi Allah

*jahat manusia ni bila berlainan politik mula lah dengki,ambik nama org yg selalu pergi masjid,ambik nama orang yg selalu pergi kuliah tok guru rusila,report pada org atasan supaya org itu kne buang,kene tukar.ini adalah musuh agama.kita kene ajar dia biar dia reti.biar masuk hospital takpe

*kita ni nk murah rezeki mcmana?kalau cucu mari beli kat kedai sdiri pun bkira jgk,kalau nk berniaga jgnlah kedekut baru murah rezeki

*kita jangan takut nak laksanakan islam kerana janji Allah islam akan menang akhirnya,dalam apa jua konsep teruskan perjuangan,yg pandai menulis,pandai mengajar,pandai buat blog,pandai buat iklan,pandai guna teknologi canggih,pandai bahas di parlimen,pandai buat cd kuliah agama,teruskan teruskan,inilah dakwah yang akan diberikan ganjaran kelak atas kerja kerja islam kita

*kalau nak langgar batasan 5 hukum syara' Halal Haram Makhruh sunat Wajib boleh iaitu belilah bumi sendiri maka ikut suka kamulah nk buat apa pun tapi masalahnya ini bumi milik Allah,ikut mana pun kene ikut perintah Allah

*kita ni bila ditimpa musibah ucaplah Innalillah(kita semua milik Allah,kembali pada Allah)..walaupun ditimpa musibah tertusuk duri dijari..Ajarlah sebut Innalillah selalu.ni tak,apabila ditimpa musibah mencarut je pandai

*kita mmg xleh bpisah dgn peringatan.peringatan bg kita ialah dari Allah dan Rasul,jadi kene ikut lah apa yang Allah selalu igtkan,fahamilah apa yang terkandung dalam Al Quran

*Bersungguh sgguhlah kita dalam bab akhirat,kene ade dalam diri kita pasal kita sedang berjalan ke akhirat,biar lulus takpe dah,jgn sampai gagal di akhirat,kene pelihara yg utama ialah aqidah,kene belajar aqidah.krn ia lambang iman kita baik

*Kalau kita fikir,byk sungguh dosa kita,tapi jangan lupa minta sokmo rahmat dari Allah agar selamat dari api neraka..mmg banyak dosa kita ni

*Baru kene eksos motor honda cup buruk pun menggelepur kepanasan dah,sanggup ke nk dibakar neraka Allah?jadi banyak mana pun dosa maksiat,dosa main nombor ekor,dosa judi,dosa berzina,maka bertaubatlah,jahakk lagumana pun kita akan balik pada Allah juga akhirnya,jgn putus asa minta ampun pada Allah

*niatlah mati syahid berperang dgn yahudi Laknatullah,maka bila kita niat mati syahid akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah,jgn bimbanglah nk niat,jgn takut,niatlah mati syahid menentang kuffar membela Islam

*umat melayu ni patut kene sedar dan berterima kasihlah pada org yg mberi kefahaman ttg agama krn orang yang berminat pkara agama ni semakin ramai,tgklah anak anak muda skrg,walaupun faveret dia dalam Facebook byk Like muzik mat saleh tapi tak lekang darinya update Hadis,update ayat Al quran update nasihat agama,Alhamdulillah nampak ada cakne pada agama

*orang yang yakin dgn pahala dari Allah maka org ini akan cakna pkara amal walaupun amalnya hanyalah mengutip sampah,menyapu sampah krn yakin pahala dari Allah ini sangatlah besar ganjaran tidak ditandingi dunia dan isinya

*bila kerajaan Allah bayar pahala maka sangatlah besar bila kerajaan dunia tiada satu pun kerajaan yg kaya.semuanya basak tere belaka akhirat kelak

*Manusia ni kalau org sengaja buat salah kat kita payah dah kita nk maafkan dia ttp Allah Maha Pengampun dosa,walau sengaja minum arak,berzina tapi masih sedar,rasa takut pada Allah mohon ampun pada Allah dgn bertaubat maka Allah ampun,org yg boleh berubah boleh hadir ke masjid surau ini adalah kasih sayang dari Allah

*saudara kita di palestin diserang,rumah hancur dibom,anak mati terburai perut,isteri mati kene tembak,hilang tempat tggal sedangkan anak anak kita tido atas katil lena,bini boleh makan sedap tapi bab derma sikit sangat,seringgit je derma,itupun duit buruk,itulah dok kene kita utk sumbang kpd islam,dok makang ssiku sokmo..Nauzubillah

*orang yang ade kelebihan dalam apa apa berkaitan islam maka teruskanlah beramal akannya,yg rajin mengaji,rajin pergi kuliah agama,rajin solat malam,rajin puasa,rajin solat sunat,rajin bersedekah,maka teruskan buat kerja kerana Allah.walaupun dalam bab lain kita lemah krn semua itu Allah akan bela siapa juara juara dalam pkara bkaitan agama kelak.