Tuesday 27 November 2012

Kuliah UAI


Assalamualaikum ,
sedikit perkongsian kuliah UAI oleh admin Koleksi Short Note Kuliah (Ustaz Azhar Idrus)


* Tujuannya ucapan tersebut ( takziah ) adalah untuk bersabar bagi keluarga yang ditimpa ujian..Sebab tu jangan pakai hukum akal .. Mung duk tengok dalam surat khabor je .. Hukum ucap takziah ni adalah sunat..Ucapan takziah ni adalah untuk ujian yang besar dan lama mana ucapan ni boleh diucap iaitu selama 3 hari..

Ni lah sunnah yg dilupakan orang iaitu ucapan takziah .. Yang banyak adalah tanya kenapa, bagaimana, sebab apa .. Dah mana nya ucapan takziah nya?

*Senang jep nak ucap takziah.." Semoga Allah kekalkan kesabaran pada kamu " bukan payah pun nak sebut..

Anak kita, mak ayah kita adalah harta Allah .. Ikut pandai dialah nak ambil sesiapa pun..Allah ambik ayah kita tapu Allah akan ganti dengan yang lebih baik serta ganjaran pahala yang banyak.. Yakinlah..

*Hukum menangis pada mayat adalah harus .. Yang haram menangis ni jika mung pi angkat suara, terpekik terlolong, tarik rambut, menyebut2 perkara yg tak patut .. Jangan buat gitu ... Berdosa besar..Mayat bila ada ahli keluarga meratap, menangis tidak kena apa2.. Yangg berdosa adalah si penangis tu..

*Kenapa ambik anak aku ! kenapa ambik anak aku ! Dah tu soalan tu mung tuju ke siapa .. Mesti ke Allah kan .. Kan Allah bagi pinjam je sekejap anak tu ke mung.. Bersabarlah

Kalau ada yang menangis mengangkat suara , mung suruh dia diam.. Kalau dia tak nak jugak, angkat keluar dari rumah tersebut

*Kalau mayat pesan semasa hidupnya " kalau ayah mati nanti menangis terlolong belaka deh "
Mayat tersebut akan di azab nanti atas sebab suruhan tersebut..

*Sesiapa yang menunjuk, mengajak benda yang baik walaupun dia tak buat, tetap sama dapat pahala..Begitu jugak mengajak, menunjuk pada kejahatan walaupun pada malam tersebut mung gi surau, tetap dapat dosa atas apa yang mung tunjuk tadi

*Sunat bagi lelaki ziarah kubur, antara kelebihannya Rasullulah kata adalah mengingatkan akan kematian..Perempuan adalah harus ziarah kubur dan ada syarat - syaratnya..antaranya menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengangkat suara

*Ziarah kubur didefinasikan sebagai dekat dengan kubur.. Duk luar pagar perkuburan belum lagi dikira ziarah kubur..

*Mung menteri ke, pangkat besar mana sekali pun , miskin mana sekali pun masing2 akan dapat tanah 6 kaki, 2 batang batu nesan .. Tu sahaja..Jangan kerana sebab pangkat, kaya duit terus jadi sombong dengan manusia lain..

*Mung buat rombongan sekali kat kubur mana2, ada dop org yang ziarah ? Manusia akhir zaman tak dop mengingatkan akan kematian..Bila sampai jep dekat kawasan perkuburan, bagi lah salam, bila sampai pulak kat kubur mak kita bagi pulak salam sekali lagi pada mak kita .. Jadi 2 kali lah

*Bila kita ziarah kubur adalah jugak tanda kita tidak lupa pada mereka yang telah meninggal dunia.. "Salam sejahtera atas kamu atas negeri org yg beriman" adalah ucapan salam di tanah perkuburan..Nak bagi salam pada orang hidup adalah dengan beradap muka .. Pada mayat di dalam kubur, duduk atau berdiri dekat kepala nya yg mengadap kiblat untuk bagi salam..

*Mayat2 lebih mendengar dari kita yang hidup ni .. Bila Nabi suruh kita bagi salam pada mayat buat jelah .. Jangan nak lawan.. Ke mung hebat lagi dari Nabi ?? Kalau Allah izin mayat tersebut akan dengar dan jawap salam mung dan kalau Allah buka hijab, mung akan dengar jugak mayat menjawap salam mung tue..

*Pertembungan di antara air masin dan air tawar, ditengah2 nya disebut barzakh

*Apa sahaja yang kita rasa nak baca kat kubur bacalah, moga2 keberkatan dari bacaan tersebut turun pada mayat..Setiap tumbuhan yang hidup atas kubur akan bertasbih pada Allah bukan pada mayat .. Dan dimana adanya tempat yang selalu bertasbih pada Allah akan turun rahmat .. Moga2 rahmat tersebut akan sampai pada mayat tersebut

*Patut dop cari calon suami suka mencarut ?? Kalau mung suka macam tu (suami yg suka mencarut ) patutlah cari, kalau dop suke cari lah orang lain .. Ramai lagi kang..

*Bila baby menangis sangat, ada dua sebab iaitu sakit pada fizikal nya atau ada gangguan2 dari iblis..Iblis hok suke kacau baby namanya ummu sibyan..

*Masalah kita sekarang di media massa adalah mereka mengatakan pejuang2 islam adalah pemberontak .. Ni kerana tidak ada roh islam dalam diri .. Berat nanang laa kalu gitu.. Balik awal

*Kiamat besar yang pecah langit, hancur bukit bukau hanya dirasai oleh orang kafir sahaja .. Orang yang beriman dimatikan sebelum kejadian tersebut..

*Bila bertunang harus saja ikut adat setempat .. Ning orang melayu siap sanding lagi, sewa pelamin mahal2, buat album2 pertunangan mahal2, hok giler agi siap dengan persalinan pakaian untuk majlis amik gambor .. Ni idea mak lah .. Ayah dop amik port pun hal2 begini .. Semuanya mak..

Start dari A sampai Z semua mak yang uruskan dengan semangatnya .. Kalau boleh jadi wali tu pong mak mung .. Aduhhhhaiiiii .. Ayah pulak macam tunggul mak buat bila bab2 pertunangan atau perkahwinan ni ..

*Bila kita pergi umah orang mati bila tuan umah angkat air boleh kita minum kecuali kita yang suruh tuan umah buat air tersebut,harammmm !!

*Jika ikan yang kecil tak dibuang isi perut tersebut, dimaafkan syarak untuk makan kecuali ikan yang besar .. Najis..

*Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah hukum syarak..

Kena asinglah di antara lelaki dan pompuan bila mung nak buat kenduri kahwin .. Pada malam bila tiada orang lain atau org luar dari keluarga tersebut bersanding lah sampai subuh pun .. Tak dop masalah

*Makhruh amik wuduk kat tempat kita kencing .. Kalau tandas yang sama tapi tempat lain2 tiada masalah..

Masuk tandas sunat kaki kiri dulu .. Bila harus masuk kaki kanan iaitu dia ada satu kaki jep .. Makhruh hukum nya masuk kaki kanan dulu dalam tandas..


Wallahua'alam ,

;credit kepada empunya gambar dan kuliah , jazakallah

No comments:

Post a Comment