Ustaz Azhar Idrus ; Nas dan Hukum Solat Jenazah di Tanah Perkuburan
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan
Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat
jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat
kali. (Shahih Muslim No.1586)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :
Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari
Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau
bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia.
Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku?
Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan
kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya.
Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda:
Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan
sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih
Muslim No.1588)
Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :
Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di
antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad,
Ishaq dan Ibnul Mundzir.
Beliau juga mengatakan:
Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.
Hadis yang di rujuk :
Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur
yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para
sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R.
Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata:
“Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di
kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal
telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)
Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak
ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang
berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..
Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah
saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah
dikebumikan..
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment