Thursday 22 November 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus


 Assalammualaikum ,

*Hati yang baik ni adalah budak-budak kerana bersih dan tiada dosa..

Baju mahal, rambut lawa tapi hati kotor,Allah dop puji pun .. Manusia pujilah sebab tak nampak seketul daging yang kotor tersebut..

*Dengki kat org lain tu adalah penyakit dalaman yang susah nak ubat melainkan dengan kehendak sungguh2 dari diri sendiri..Bila bertaubat sungguh2 dan Allah ampunkan jadilah kita budak2 semula yg tiada dosa, faham dop?

*Jadikan diri kita bersih dulu baru boleh kita mekap hati kita comel2..Maksud bersihkan diri adalah bertaubat dulu barulah hati boleh dimekap..

*Pakai lipstick comel dah tapi mengumpat kat orang.. Kalau nok mengumpat jangan pakai lipstick tapi mung sapu tahi ayam kat bibir baru lah patut !

*Akidah ni dalam hati bukan di mulut dan bukan juga di tangan..
Budak2 walaupun minum arak 10 botol, tidak ditulis dosanya kerana tak tahu apa2..

*Umur baligh adalah 15 tahun cukup dalam tahun islam walaupun tak keluar mani..Kalau terdulu dengan keluar mani maka dah baligh lah tu walaupun umur 9 tahun

*Wajah kita akan turun pada anak-anak kita tapi aqidah tidak akan turun pada mereka.. Nak benda tu kena asuh betul-betul..

Kalau mayat kanak-kanak jangan baca ayat ampunkan dia kerana budak tu takdop dosa... Ada lagi yang berat, tahlil terus 7 malam..Bakpe yang jadi sampai dop tahu ke benda tue ??

*Nabi-nabi adalah wakil Allah.. Mana besar dengan pakat yang paling tinggi sekali yang disandang oleh manusia?? Mung ingat pangkat yang paling tinggi sekali yang dapat pada manusia adalah Rasulullah

*Siapa dia ajar mung org kafir boleh makan babi, minum arak cuma pemerintah tak boleh halang mereka kalau nak makan?? Betul kan semula..

#Semua manusia Allah dah perintahkan supaya jgn mendekati perkara yg telah diharamkan olehnya .. Jadi bila di akhirat nanti org kafir pun x akan terlepas dari ditanya oleh Allah kenapa mereka duk sedap sangat makan babi, berzina dan sebagainya .. Larangan tersebut bkn untuk org islam sahaja ..

*Tengok orang berbini mung nak jugak, tengok orang berlaki pun mung nak jugak .. Tak tahu apa-apa langsung.. Sampai masa keluar anak pah soram2 nak azan tak boleh ... Gilerr mung !!!!!!

*Makan kedaroh pandai tapi bila mak ayah mati macam bangkai biawak anak - anak tak pandai nak urus.. Salah mak ayah kerana tiada didikan agama dari kecil.. Mak ayah sekarang ni pesan ilmu dunia jep biar dapat yang terbaik .. Ilmu akhirat lain tahunlah.. Bila mung mampus nanti takkan jiran nak pi sedekah fatihah ?? Didiklah anak - anak dengan agama.. Kalau dunia semata,balik awal terus

*Kalau makan kenduri sampai 2 kali muntah nak sampai.. Tapi bila azan berbunyi sebelah umah je, berat untuk bangun... Ni jenis manusia dop reti bahasa dan base dop reti !!!

*Syaitan ni dalam tidur pun dia kacau kita atas rupa mimpi.. Kalau mimpi yg menakutkan, itu adalah dari syaitan untuk menakutkan kita.. Di luar, ada dua jenis syaitan iblis.. Ada yang nampak muka dan ada yg tidak nampak muka .. Yang nampak muka tak berbahaya pada aqidah kita..

*Kalau bernazar untuk sembelih sahaja, kambing kaki tiga ke, tak cukup umur ke pun boleh atas apa yg di niatkan semasa bernazar tapi kalau bernazar untuk aqiqah atau korban mesti tertakluk pada syarat2 sah aqiqah dan korban

*Tidak disyaratkan tali pusat tercabut dulu baru nak buat Aqiqah .. Hari pertama baby dilahirkan boleh dah buat dan hari ke tujuh adalah afdhal

*Sunat sahaja bila nak mandi junub air kena kat kepala dulu .. Faham molep .. Tak dop masalah mung nak kenakan pada kaki atau punggung atau kepala dulu.. Bulih belaka..

*Pompuan yang tak menjaga aurat bila keluar rumah akan banyaklah dosa menimpa dirinya kerana menyusahkan orang ramai atas pandangan mata

*Nafakah bini adalah makan dan minum sebanyak 2 kali sehari .. Mung bagi 1 kali sehari jep berdosa.. Pakaian pula 2 pasang setahun termasuk semua pakaian dalaman

*Walaupun suami gaji 400 dan gaji isteri 45000, suami wajib jugak bagi nafkah .. Kalau rasa berat jangan kawin neh KECUALI isteri tu halal dan redha berkongsi separuh seorang

*Boleh kita doakan orang yang berbuat zalim iaitu doa untuk hidayah pada nya dan doa untuk Allah turunkan bala padanya

*Orang pompuan nak tunjuk lawa sampai abis kain jadi singkat dan baju jadi ketat .. Dop payoh lah mung wat gitu .. Memang Allah jadikan wanita ni cantik.. Pasal mung semua dop percaya akan kejadian Allahlah sebab tu jadi gitu

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment